All items in this blog's belongs to me...if u're thinking of copying it or send it to somewhere else it's still ok with me...but don't forget to credit it under my blog's and that will make me feel even better...thanks.
Taegukgi (BrotherHood) merupakan sebuah kisah yang berkisar tentang peperangan pada sekitar 1950-1953. Filem ini mengisahkan tentang bagaimana sebuah keluarga sederhana yang bahagia diragut oleh keadaan, masa, suasana persekitaran pada masa itu. Taegukgi dapat menggambarkan bagaimana persahabatan, kasih sayang dan sesebuah perhubungan menuju ke jalan yang buntu pada masa itu...
Pada mulanya saya menonton filem ini kerana pelakonnya yang terkenal dengan kekuatan mereka yang tersendiri tetapi setelah menontonnya saya dapati filem ini ada mesej yang ingin disampaikan...dimana pada masa itu keadaan ekonomi memaksa salah seorang dalam keluarga berkorban untuk memastikan adik mereka dapat melanjutkan pelajaran bagi tujuan meningkatkan taraf hidup pada masa itu. Selain itu, filem ini juga memberikan gambaran kepada kita bahawa kasih sayang dalam adik beradik tidak mungkin akan terputus walau apa pun perkara buruk atau sebaliknya berlaku kepada salah seorang daripada mereka...bagaimana peperangan merubah sesuatu keadaan dalam sekelip mata...bagaimana seorang abang berkorban untuk seorang adik...cara seorang abang menunjukkan rasa kasihnya kepada seorang adik...
"In this life that we borowed from The One...what have given to us is what we must accepted and we have to know that not everything that we have now will remain there and we have to prepare to loose it when the time is come"