All items in this blog's belongs to me...if u're thinking of copying it or send it to somewhere else it's still ok with me...but don't forget to credit it under my blog's and that will make me feel even better...thanks.
I've already watch this drama series not so long ago...well the ending maybe not as what as usual that we've seen...but for me it's ok as long as the story is not boring...
Well some of us will thought it was a love story or even a madness...but as long as you understand what was the story about it was a good story and for me the character is something that we never thought that some people will have...but the true is...this is life...
Drama bersiri mengisahkan tentang empat orang individu yang mempunyai perwatakan dan latar belakang yang berbeza dimana konflik bermula apabila keempat-empat mereka bertemu secara tidak dirancang di Bali.
Ha Ji Won (Lee Soo Jung)
Lee Soo Jung merupakan seorang gadis yang dilahirkan dalam keluarga yang miskin, dibesarkan hanya oleh abangnya kerana kehilangan kedua ibu bapa sejak kecil lagi. Karekter Lee Soo Jung menggambarkan keadaan seorang gadis yang terpaksa berusaha tanpa mengira penat hanya untuk mendapatkan wang bagi menampung kehidupan seharian apatah lagi abangnya sering berhutang. Kesempitan hidup membawa Lee soo Jung ke bali dan bekerja sebagai pemandu pelancong. Tidak mempunyai pendidikan yang tinggi tetapi bijak dalam mempelajari sesuatu bahasa. Kehidupan yang susah menjadikan Lee Soo Jung seorang yang sanggup melakukan apa sahaja agar keluar dari kesempitan hidup.
Jo In Sung (Jung Jae Min)
Jung Jae Min seorang anak kepada seorang usahawan yang kaya tetapi hidup dibayangi oleh abangnya. Karekter Jung Jae Min menggambarkan kepada kita akan sikap seorang anak yang patuh kepada ibu dan bapa sehingga tidak berani membuat sebarang keputusan atau tindakan. Walaubagaimanapun Jung Jae Min bukanlah seorang anak yang disenangi kerana bersikap sambil lewa dan terkenal dengan sikap berpoya-poya. Pertemuan Jung Jae Min dengan Kang In Wook dan Lee Soo Jung sedikit sebanyak membawa perubahan kepada sikap dan karekternya.
So Ji Sub ( Kang in Wook)
Kang In Wook seorang sedikit dingin dan sikapnya sedikit kompleks kerana dilahirkan dalam kelurga yang berpecah belah dan ibunya pula menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki yang mempunyai latar belakang yang kurang menyenangkan. Merupakan bekas kekasih Choi Young Joo, hubungan mereka terputus kerana mendapat tentangan dari keluarga Choi young Joo.
Park ye Jin (Choi Young Joo)
Choi Young Joo seorang gadis yang lahir dalam keluarga yang kaya, bijak, berani dan cantik. Karekter ini menggambarkan seorang gadis yang sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan apa yang diinginkan.