Kisah ini bermula apabila datuk Hyuk Joon, bersetuju untuk menyatukan cucunya yang pada masa itu berusia 10 tahun dengan cucu kepada rakan baiknya yang baru saja lahir Jung Soo. Bagaimanapun, keluarga Jung sook telah berhadapan dengan masalah hutang dan menyebabkan mereka meninggalkan rumah Kwon agar tidak mendatangkan aib pada keluarga tersebut.
17 tahun kemudian Jung Sook telah meningkat remaja dan belajar di sebuah sekolah tinggi dalam tahun akhir dan dalam persediaan untuk ke Universiti. datuk dan ayahnya telah meninggal dunia dan telah dibesarkan dalam serba kekurangan oleh ibunya yang memiliki sebuah kedai dobi yang kecil. Bagaimanapun, Jung Sook yang membesar dalam suasana yang agak kekurangan tidak berminat untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti dan sering keluar membeli belah bersama rakan-rakannya dan sangat terkenal dikalangan pelajar sekolahnya sebagai "samseng" kerana sering membuli pelajar lain.
Pertemuan pertama diantara Jung Sook dan bakal suaminya adalah di pusat hiburan semasa Hyuk Joon membuat serbuan ke atas pusat hiburan tersebut. Hyuk Joon yang pada masa itu membuat serbuan untuk menumpaskan ahli kumpulan kongsi gelap akhirnya telah menahan pelajar dibawah umur kerana memasuki pusat hiburan. Jung Sook yang pada waktu itu belum mencapai usia 18 tahun merupakan salah seorang yang ditahan pada malam serbuan tersebut. Pada masa yang sama datuk Hyuk Joon yang sedang mencari sahabat baiknya yang telah menghilangkan diri suatu waktu dulu telah menemui keluarganya dan menghantar pakcik Hyuk Joon menemui ibu Jung Sook untuk merasmikan perjanjian yang telah termeterai diantara datuk Hyuk Joon dan datuk Jung Sook.
Mengetahui tentang perkahwinan yang telah dirancang tersebut Hyuk Joon dan Jong Sook tentunya membantah apatah lagi pandangan Hyuk Joon terhadap Jung Sook yang menganggapnya sama seperti budak nakal dan pandangan Jung Sook terhadap Hyuk Joon yang sama seperti orang tua yang membosankan.
All this takes place within the first few episodes and there is much more interesting twists and turns as Ga Young, Hyuk Joon's aggressive university ex-girlfriend, is introduced and goes about trying to win back Hyuk Joon with the help of Sun Ah, Hyuk Joon's sister who utterly dislikes Jung Sook and is against the marriage. Other obstacles like Hyuk Joon's and Jung Sook's constant bickering, the problems of living under one roof and the requirement of Jung Sook to meet the expectations of the Kwon family as the 'wife of the heir' also come into play to create some humorous moments and also further the plot. It would be too long to summarise the entire plot here but to put it briefly, in the end true love blossoms between Hyuk Joon and Jung Sook and their show marriage becomes a real one in all meanings of the word.